Jumaat, 28 Mei 2010

kini genap sudah 16 minggu (4 bulan)

xde apa2 prkembangan luar biasa yg ditempuhi sepanjang hari2 menuju bulan ke-4 ini...

perot ku cuma baru besar sedikit di bahagian bwh abdomen...'uniform khas' blom boleh pakai lg...bila pakai baju kurung, tang kain tu aku dah x mampu nak kancing, nnti perot ku rasa sendat semcm dan akan timbul rasa nak muntah...beberapa kedai/tmpt telah ku survey utk melihat2 baju peknen yg comey2 dan dgn harga yg brpatutan...baru ada sehelai blouse peknen ku bli masa JJ member card sale mggu lpas kat JJ srmban2, after sale pon rege dia smpai rm41.90...ishh baju jer, blom masuk skirt mkirt nyer...bukan berkira, tp sementelah bajet yg x seberapa ni ada lain2 prkara yg harus didahulukan pmbeliannyer...huhuhu

selera mkn ku tetap di paras yg kurang mmberansangkan...di kala begini ada beberapa makanan yg mmbuatkn aku tercari2 dan harus diisi kehendak itu...baru2 ni antara yg aku teringin sgt nak mkn ialah nasi kerabu belakang KWSP jln raja laut tu, cendol, putumayam & cempedak goreng...pastu yg jd feberet aku bila xde idea nak mkn apa, aku akan jd teringin nak mkn tomyam ketam, beger sausage mcMuffin set bekpes mcD, whipped potato & coleslaw kfc, pizza & sizzling yee mee...huhuh



Khamis, 20 Mei 2010

OST Adamaya - Yang Terindah

Pedih Ulu Hati?



Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Mengelakkan Pedih Ulu Hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

Selasa, 18 Mei 2010

Petua Untuk Ibu Mengandung

BENGKAK KAKI
Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya 3 kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

RAMBUT JARANG
Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.

MUNTAH
Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum.

UNTUK MENGHINDARKAN STRETCHMARKS
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah diperut. Buat 2 minggu berturut-turut. ) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung,



Petua Memudahkan Wanita Islam Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.


UNTUK MEMBERSIHKAN RAHIM
Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempuh berpantang.

Khasiat Pucuk Jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat, campurkan dengan segelas air suam. Biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan anda tidak akan muntah-muntah lagi.

KHASIAT BUNGA RAYA - Untuk masalah Gugur Rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan, lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

CARA MELAHIRKAN ANAK TANPA SAKIT
Belum pernah lagi kita dengar dari mulut seorang ibu yang mengaku mereka tak rasa sakit pun ketika melahirkan anak. Mestilah sakit! Selalunya mereka akan cakap hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya masa tu. Lebih-lebih lagi semasa melahirkan anak sulung. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya... See more sejak awal-awal lagi! Namun begitu, ada petua tradisional orang Melayu yang dikatakan dapat membantu para ibu melahirkan anak tanpa berasa sakit. Ataupun mengurangkan rasa sakit.


1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.

Kemudiannya...

2. Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tadi. Dosnya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda.

3.Ssebaik-baiknya anda buatlah minyak kelapa tu sendiri. Ia bertujuan memastikan anda benar-benar meminum minyak kelapa yang bersih dan selamat.

Rabu, 5 Mei 2010

aaargghh...

AAARRGGHHHH....................

AKU DAH BOSAN
AKU DAH FEDUP
AKU DAH PENAT
AKU DAH MALAS
HARUSKAH AKU PERGI LARI DARI SEMUA INI

AKU BENCI
AKU GERAM
AKU MARAH
AKU STRES
HARUSKAH AKU BERHATI KERING

AKU KAH YG SALAH
AKU KAH PUNCA
AKU KAH YANG TIDAK MEMAHAMI
AKU KAH YANG BODOH

BABY,
MAMA DAH TAK LARAT LAA NAK BERDEPAN DGN SEMUA DUGAAN INI
MAMA RASA MAMA FAILED MEMBENTUK EMOSI MU MENJADI INSAN YG SOLEH/SOLEHAH
MAMA TAU BUKAN TUGAS MAMA SEORANG UNTUK MEMBENTUK PERIBADI MU
MAMA INSAN BIASA YG PUNYER HATI & PRASAAN
MAMA LAH MANUSIA YG PUNYE KEYAKINAN DIRI YG PALING RENDAH DI KALA INI

TAPI DI MANA MAMA HENDAK MENCARI KEKUATAN & SOKONGAN TAMBAHAN UNTUK MENGHADAPI KEKALUTAN INI
KEKUATAN & SOKONGAN YANG MAMA HARAPKAN TIDAK LEBIH HANYA MENGERUH LARA DI HATI MAMA