Khamis, 25 Februari 2010

Alhamdulillah...

arini pkul 2 petang aku gi hspital tuanku jaafar ada appointment di klinik O & G,
ditemani cik abe...sejak masuk wad & operate pd 8/1/2010 lpas, ini appointment pertama aku utk follow up apa yg patut...

ohh this is my 1st time experience buat mende2 alah ni sumerr...huhuhu...
x pe lah, anggap lah ini sumer pengalaman yg sgt berharga utk aku...

lpas amik nombor kat kaunter pendaftaran, aku terus ke klinik O & G, lpas letak buku,kad & nombor yg dpt td aku diminta amik berat bdn & blood pressure kat meja sblah yg ada nurse bertugas di situ...

lpas tu kna menunggu bilik doktor mana yg kna masuk...kira2 10min kemudian nombor aku up...aku menonong la masuk...cik abe x follow skali, dlm ati nak jer ajak/suruh dia join dgr...x la aku kna 'bebel' sensorang lg dgn doktor...sekurang2 nyer dia pun lg akan phm...huhuhu...

masuk dlm bilik tu, ada sorg doktor popuan serani & sorg doktor pelatih  lelaki cina...

after bersoal jwb amik background aku & status period aku, doktor explain apa yg diorg jmpa masa dlm Operation Room aritu, KESIMPULANNYA doktor kata situasi aku OK...endo tu x bkan main factor pd kes infertility aku yg baru?? nak masuk setaun jagung ini...doktor kata lg nothing to worry, cuma masa nya belum tiba...huhuhu
aku tanye lg doktor tu, even dah setaun kawin masih blom pernah ada 'apa-apa' pastu umo dah masuk 30 taun mcm mana? doktor kata, 30 taun muda lg...(what? muda lg? dlm ati aku dah memberontak,doktor ni mmg x memahami aku dan tidak membantu aku...huhuhu) doktor kata, kita tggu lg after 2 years marriage baru kami akan bantu dlm kes2 infertility...

(aduhhh...)

utk lg menyedapkan ati aku, doktor tu buat scan kat perot aku, nak tunjuk kat aku, 2 kilang ovari aku ok & rahim pon ok means x terbalik...aku paling takut/risau yg ni...sbb majority kes2 endo disebabkan Retroverted Uterus...

bla bla bla....(aku maleh nak igt apa lg yg aku kna 'bebel' dlm ni) aku jeling jam kat tgn, dkat2 40min gak rupanyer aku dlm ni...emmm ok lah aku mls dah nak bersoal jwb, aku tanye doktor...so,apa ubat/ treatment yg saya dpt pasni? doktor kata buat masa ni xde apa2...lg 6 bln dtg lg...or setiap 6 bln smpai usia aku kawin dah 2 taun baru dia akan 'bantu'...emm nama jer 6 bln tp lpas tu sblom aku kuar dr klinik O & G tu nurse bg the next tarikh ialah 14/9/2010...aku berdoa, aku x nak lg jmpa doktor tu, sblom smpai tarikh  14/9/2010 tu hrp2 nya aku dah berjaya membawa perot yg berisi baby...wakakaka...

* i wanna said it again...Alhamdulillah...everything is fine...
nothing to worry...just keep trying & praying...lalalala...

Rabu, 10 Februari 2010

Perbezaan cyst dan endometriosis

copy from here

Apakah sebenarnya perbezaan antara cyst dan endometriosis?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Endometriosis adalah penyakit yang berkait dengan kehadiran tisu atau darah menyerupai endometrium di lokasi yang berlainan daripada sepatutnya.

Endometriosis berasal daripada perkataan endometrium. Endometrium pula adalah lapisan terdalam dinding rahim yang berubah-ubah ciri dan ketebalannya mengikut kitaran haid seseorang ataupun pengaruh hormon.

Ia mula menebal setelah haid kering sebagai persediaan untuk menerima perlekatan atau implantasi embrio, jika tidak, tisu ini akan terpisah dan gugur sebagai darah haid.

Bagi sebahagian wanita, tisu atau darah endometrium ini tidak gugur semuanya menuruni pintu rahim ke luar faraj sebagai haid, tetapi masuk menembusi dinding otot rahim ataupun keluar menerusi laluan tiub falopio ke dalam ruang pelvis atau abdomen.

Tisu ini berpotensi 'hidup membiak' di bawah pengaruh hormon estrogen dan berlakulah pengumpulan darah menyerupai haid di dalam otot rahim membentuk adenomyosis (menyerupai fibroid tetapi dengan sempadan yang kurang nyata) atau organ lain yang terkena, lazimnya tiub falopio dan ovari.

Apabila ia mengenai ovari, ia berupaya membentuk sejenis cyst mengandungi darah yang lebih dikenali sebagai endometrioma atau endometriotic cyst atau cyst coklat.

Endometriosis adalah istilah umum bagi penyakit ini, adenomyosis pula merujuk khas kepada endometriosis di dalam otot rahim, manakala endometrioma atau endometriotic cyst atau cyst coklat pula khas merujuk kepada endometriosis pada ovari yang membentuk cyst. Pada organ lain dan kawasan ruang atau dinding pelvis atau abdomen, hanya istilah umum endometriosis digunakan.

Cyst ovari pula boleh berupa cyst endometriosis atau cyst penyakit lain.

Kandungan cyst ovari boleh berupa cecair (serous) atau cecair likat (mucinous) atau darah (haemorrhagic) atau darah endometrium (endometriotis) atau bercampur bahan pepejal (solid-cystic) atau polisistik.

Endometriosis peringkat lanjut (peringkat tiga atau empat) dikaitkan dengan masalah kesuburan, terutama apabila ia mengakibatkan kerosakan pada tiub falopio serta anatomi organ reproduksi dan apabila ia merosakkan risu ovari.

Ia boleh menyebabkan masalah senggugut dan sakit ketika hubungan seks.

Ia juga boleh menyebabkan sakit ari-ari yang kronik jika sudah berlaku perlekatan organ misalnya usus. Di samping itu, ia juga sering dikaitkan dengan kehadiran fibroid pada masa sama memandangkan fibroid juga membesar dengan pengaruh hormon estrogen.

~ Dr. Adilah Ahmat

Selasa, 9 Februari 2010

cafe world cikCha yg semakin maju...


haar jgn memain....bukan senang nak capai rate kat ibujari kaler ijo tu cecah 105...huhuhu
skrg ni pon dah jrg aku dpt...

eh baby sape ni? ahahah...

haaar bukan xde keje tp tgh rajin keje td la dok ngemas2 rak fail ku itu terjumpa satu kotak yg berisi disket2 lama...dolu2 kan mana ada menatang pendrive2 ni...dolu2 kan ke hulu ke hilir pakai disket tu jer...hohoho

ku belek2 disket tu salah 1 drpd projek masa dlm kelas ICT 8 taun lpas...hohoho...
eh mls la nak cite pnjg...jom kita cuci mata tgk dua keping gambo lama ini...ahahahha