copy from here
Apakah sebenarnya perbezaan antara cyst dan endometriosis?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Endometriosis adalah penyakit yang berkait dengan kehadiran tisu atau darah menyerupai endometrium di lokasi yang berlainan daripada sepatutnya.
Endometriosis berasal daripada perkataan endometrium. Endometrium pula adalah lapisan terdalam dinding rahim yang berubah-ubah ciri dan ketebalannya mengikut kitaran haid seseorang ataupun pengaruh hormon.
Ia mula menebal setelah haid kering sebagai persediaan untuk menerima perlekatan atau implantasi embrio, jika tidak, tisu ini akan terpisah dan gugur sebagai darah haid.
Bagi sebahagian wanita, tisu atau darah endometrium ini tidak gugur semuanya menuruni pintu rahim ke luar faraj sebagai haid, tetapi masuk menembusi dinding otot rahim ataupun keluar menerusi laluan tiub falopio ke dalam ruang pelvis atau abdomen.
Tisu ini berpotensi 'hidup membiak' di bawah pengaruh hormon estrogen dan berlakulah pengumpulan darah menyerupai haid di dalam otot rahim membentuk adenomyosis (menyerupai fibroid tetapi dengan sempadan yang kurang nyata) atau organ lain yang terkena, lazimnya tiub falopio dan ovari.
Apabila ia mengenai ovari, ia berupaya membentuk sejenis cyst mengandungi darah yang lebih dikenali sebagai endometrioma atau endometriotic cyst atau cyst coklat.
Endometriosis adalah istilah umum bagi penyakit ini, adenomyosis pula merujuk khas kepada endometriosis di dalam otot rahim, manakala endometrioma atau endometriotic cyst atau cyst coklat pula khas merujuk kepada endometriosis pada ovari yang membentuk cyst. Pada organ lain dan kawasan ruang atau dinding pelvis atau abdomen, hanya istilah umum endometriosis digunakan.
Cyst ovari pula boleh berupa cyst endometriosis atau cyst penyakit lain.
Kandungan cyst ovari boleh berupa cecair (serous) atau cecair likat (mucinous) atau darah (haemorrhagic) atau darah endometrium (endometriotis) atau bercampur bahan pepejal (solid-cystic) atau polisistik.
Endometriosis peringkat lanjut (peringkat tiga atau empat) dikaitkan dengan masalah kesuburan, terutama apabila ia mengakibatkan kerosakan pada tiub falopio serta anatomi organ reproduksi dan apabila ia merosakkan risu ovari.
Ia boleh menyebabkan masalah senggugut dan sakit ketika hubungan seks.
Ia juga boleh menyebabkan sakit ari-ari yang kronik jika sudah berlaku perlekatan organ misalnya usus. Di samping itu, ia juga sering dikaitkan dengan kehadiran fibroid pada masa sama memandangkan fibroid juga membesar dengan pengaruh hormon estrogen.
~ Dr. Adilah Ahmat
so shah, cemana yg ko ckp retu? ko da check balik ke?? atao da start wat treatment??
BalasPadam25hb ni appoiment dgn doctor...so tggu jela apa treatment dia nak bg...hohoho
BalasPadamSlmt ptg..sya endometriosis tahap r..msa operet laparoscopic thn 2016..sekrg ni..sering skt memulas di bhgn kiri.dan kanan mungkin skt.di bhgN ovari? Thn lps kena seblm.2 mgg period.bln ni kerap kena..hanya setitik darah wrn hitam je yg keluar(berbentuk lendir)..adakah di kira period.apa yg patut sya buat..krn akn menyebabkn krem di bhg perut dan kebabs sr pinggul hgg hujung kaki.16.8.2020 bru refer pakar oNG
BalasPadam