ini lah pokok bunga telang yer kwn2...tp bkan yg aku snap dr yg aku tanam dpn umah tu...
Sejenis tumbuhan memanjat. Bunganya berwarna ungu kebiruan berbentuk seperti rama-rama dan sentiasa berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk kacang pea bersaiz kecil. Sesuai ditanam pada para/pagola atau pasu gantung.
Pokoknya senang di cam, berdaun hijau tirus dan bunganya berwarna biru, bentuknya iras bunga seri pagi. Fungsinya sebagai pewarna semulajadi menyebabkan ianya digunakan di serata tempat. Di Kelantan ia lebih senang dipanggil bunga nasi kerabu. kalau di Filipina pula dipanggil Balog-balog ataupun Kokokating manakala di Indonesia pula ia dikenali sebagai Bunga Biru atau Kembang Telang. Pokoknya juga boleh di dapati di Thailand, Vietnam, Laos dan sebagainya. Walau apa pun namanya, secara saintifik ia adalah dikenali dengan Butterfly Pea atau pun sebagai Clitoria Flower.
*Clitoria Flower?? patut la ada website yg aku baca td ada setgh daerah di Indonesia panggil bunga ni Bunga Kelentit. ish!! sungguh tidak senonoh...huhuhu
Kegunaan
1~Bunganya sebagai pewarna nasi kerabu dan kueh terutama kueh nyonya Tai Tai (kat sini ada tulis cara2 nak buat kuih tu...nmpk mcm sdap mcm bleh dicuba SUATU HARI NANTI...hahaha) )yang popular di kalangan masyarakat Cina.
Dalam menjadikan nasi kerabu ni biru ada 2 cara iaitu pertama cara paling senang masukkan bunga telang ni bersama2 beras ketika memasak. Satu cara lagi ialah dengan merebus bunga telang ini untuk mendapatkan airnya yang akan menjadi biru. Airnya (dah sejuk bukan masa panas) kemudian digunakan untuk memasak nasi. Cara kedua ni lebih baik sebab warna nasi akan sekata biru. Ada juga orang yang merendam bunga ini atau meramasnya untuk mendapat ekstrak warnanya bagi memasak nasi kerabu.
2~Melebatkan, menghitamkan dan mengilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala
**Dapat mengurangkan sakit kepala.
Caranya:
Daun dan bunganya dimasukkan ke dalam kain bentukkan seperti bantal dan dibawa tidur oleh pesakit.
**Mengubati penyakit ulser mulut dan merawat insomnia.
Caranya:
Bunganya direndam dalam air panas dan diminum seperti teh.
info dari sini pula...
Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain dain dari itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut.Ia juga dapat merawat insomnia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan