Isnin, 13 Julai 2015

Air gas oh air karbonat oh air soda

Alkisah nyerrr....start mlm tadi lpas bebuka pose perut aku meragam kembung angin dan cirit birit.. punca? sbb minum air pepci 1 mug penuh time buka pose..haaar mendapat lah kan... dah tau perut tu jenis gastrik, minum lg yg bukan2.. sbnrnya aku ni dah laaaaaama x minum air gas bagai, kalo terminum pon ada la sesedut dua guna straw.. tp mlm td bebuka pose aku bantai minum mcm minum air masak sejuk dlm peti ais tuu... perrghhh nyaman jek lalu dlm tekak kannn... huhuhuh..

lpas ni beringat lah jd pengajaran!! huhuhu..




Khamis, 9 Julai 2015

Berhati-hati di jalan raya

setiap hari bila bukak media sosial ada jer berita update pasal kemalangan jalan raya di sana sini...dari sekecil2 jalan kampung smpai la jln lebuhraya 4 lane tu...dari sekecil2 kenderaan basikal dan motor smpai la sebuah lori kontena..dari kecederaan kecil smpai la yg kemalangan yg maut di tempat kejadian..

yer ajal di mana2..hatta di tmpt tido yg semlm nye kita lihat dia sehat walafiat pon bleh ajal dtg menjemput..takdir ajal maut yg Allah tentukan tiada siapa dpt menghalang nya..

semua muslimin muslimat pasti nya berhajatkn akhir hayat kematian kita dlm keadaan yg baik (husnul khatimah).. sblom mulakan perjalanan tu & semasa nak mulakn perjalanan, sekurang2 nya kita baca lah bismillah...baca lah doa menaiki kenderaan, doa pendinding/penggerak




Selasa, 7 Julai 2015

Salam 20 Ramadhan 1436

Selamat berpuasa & selamat mengejar mlm lailatul kadar di hujung 10mlm terakhir ramadhan ini..

10mlm lg ke? kalo tgok kat kalendar puasa taun ni mcm 29hari jek...hihihi

persiapan raya taun ni biasa2 jer...settle dah bli baju utk 3branak...tema baju 1 syawal taun ni kaler RED TOMATO...hahaha..

kalo ada duit lbey nak bli sandal raya utk mama & shamill jek..

dinding halaman umah masih belum bercat walopun dah setahun siap...putih atas bwh kiri kanan

Isnin, 18 Februari 2013

Kelebihan Zikir Ya Latiff


Zikir Ya Latiff khasiat yang menjadi rahsia Allah. 

Kalau nak bongkarkan rahsia ni, kenalah amalkan.. 
Antaranya...

1. Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya.

--> Mula-mula berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian baca surah taha ayat 1-5, hembuskan dan sentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI dan menyatakan harapan. sambil berzikir Ya Latiff didalam hati.
--> Membaca surah Thaha ayat 1-5,baca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali ) Baca berulang kali Ya Latiff kemudian tiupkan pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
--> Semasa menidurkan anak dalam buaian baca zikir Ya Latiff.
--> Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak usapkan kepala anak dan berselawat, Baca berulang kali zikir Ya Latiff sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)

2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh.

3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya.

4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir.

5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir.

6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian.

Selasa, 20 Mac 2012

3kg yg sukar? tiada yg mustahil bukan...

ingat lg x entry ku bertarikh 27 okt 2009? haha..tajuk dia 3kg-yg-sukar 
hari ini 20 mac 2012 dengan rasminya ku umum kan skrg aku bejaya mencapai 50kg ituuuu...hahaha

suka...suka...suka...akhirnyaaa okeh...aku pon x ingat apa yg aku dah buat sampai dpt 50kg tuu...

 siap bukti timbang lagi tuuu..haha

tp yg x besh nya banyak Tshirt & jeans ku yg dah x bleh pakai lg...kna cari baju/blouse/jeans baru la nii...hadoiii

Ahad, 12 Februari 2012

babai BFC8499

keta kesayangan abg ku ini akan selamat diserah milikkan ke used car yg brkenan kat dia...setelah 8taun brsama abg aku, kini bkan milik kami lagi...byk nyer suka duka kami drpd zaman becinta, alam pertunangan, dah kawin, anta aku gi emergency sbb suspek sakit apendiks 3 taun dulu, pnah muntah2 dlm keta tu masa peknen kan shamill, anta gi spital pkul 4pagi sbb dah turun tanda nak brsalin...hohoho..byk jasa nya...keta ni jrg meragam...ada 2kali jer dia masuk bengkel lama sbb sakit2 tua dia tu...berabis gak dkat2 4k rasa nya masa tuu...aduhaii2...tgk la body dia skrg dah byk yg sopak2, scratched yg tepi tu aku yg buat...hahaha...

sebagai tanda kenangan, aku tepek la beberapa gambo, bila2 rindu bleh tgk balik...huhu




Jumaat, 10 Februari 2012

siap juga awning umah ku

umah kami ni siap utk diduduki taun 2007..kami kawin taun 2009..skrg dah 2012 baru laa mampu buatkan awning dia...huhu...total sume trmasuk buat simen sikit kat tepi tu RM2750...hohoho



Isnin, 10 Oktober 2011

birthday mama 10/10/11

hoyehh..hoyehh..hoyehh..arini birthday mama shamill..hahaha
nak citer poyo2 sket la kannn..

birthday tahun ni special sket sbb :-
*tahun ni for the 1st time ku apply cuti sempena birthday sndiri..
*ditemani anakanda tercinta Ahmad Shamill..
*cik abe terpaksa halfday nak bwk bini dia gi mkn kek..haha..

eh 3 jer special? haha..mmg nmpk sgt poyo nyer...almaklum kita ni pon bkan special sgt org nyerr...hoho

cik abe bli kan kek bluberi cheese kek


cik abe mkn yg ni strawberi coklat kek..

budak mucuk yg x dok diam ni bila mama & ayah dia suapkan kek dia x nak..

Isnin, 3 Oktober 2011

air roselle

dah nak dekat 2minggu lebey bunga rosellle ni dok dlm peti ais tuu tp nak merebus kesuntukan masa bila dah balik umah...baru sat td ku gagahi jua merebus nya...bunga2 roselle ni MIL ku beri, diorg tanam 4,5pokok kat blakang umah tuu...

sebelum rebus kena basuh2 dulu bunga roselle ni...

ni bila dah rebus akan kluar la air kaler marron tu...

Khamis, 29 September 2011

L’Oreal Paris White Perfect Micro-Vibration 3-in-1 Eye Brightener

sejak bermenjak2 ni eye bag ku makin ketara...kalo dpt coach handbeg tu sdap la sket bunyi nyer...ni eye bag yg menambah kehuduhan ku...huhuhu

lama dah ku survey eye cream yg btol2 efektif melalui pembacaan kat forum2...tup2 ku berkenan plak yg loreal punyer ni...produk ni baru jer masuk market, blom byk review yg ku jmpa dlm tenet...

yg menarik  minat ku nak terbli yg ni bila dia ada tulis ANTI DARK CIRCLES, ANTI SPOTS & ANTI PUFFINESS...sanggup la bli dgn harga rm69.90...huhuhu...


Selasa, 27 September 2011

mari mengecat rumah...

waaahh setelah hampir 3taun menduduki rumah ni..baru ni la berkemampuan berkesempatan nak mengecat living hall kami nii..huhuhu

setelah puas berhempas pulas mencari idea kaler apa tercomey...maka nya kami memutuskan utk mengecat earth theme...krim cair + kaler milo...

kami pilih nippon paint..1 tin ni 5liter rm107 after diskaun, beli 22 sept 2011

kerja-kerja mengecat hanya dibuat oleh cik abg ku sorang...dia cuti 26 & 27 sept tuu...

ni gambar sebelum :-

wallpaper ni terpaksa ku cabut sbb nak cat..huhu

 cik abg tgh mengecat sambil menggayakan stokin merah..haha


 taraaa...sblah sini dah siap...cuba cari benda tersembunyi dlm gmbr ini..haha

 ni yg kat blah dining hall...bersepah atas meja mkn tuu..blom abis kemas..huhu

Isnin, 26 September 2011

aktif semula?

waaahh lama giler aku tinggal kan blog ni x ber update...bukak nyer selalu...idea menimbun2 tp malas giler nak taip...huhu

mlm ni plak tetibe rasa berkobar2 nak aktifkan semula blog ku yg x seberapa ini...huhuhu

ku akan cuba sedaya upaya 'menceriakan' nya kembali...lalala

Jumaat, 3 September 2010

Bunga telang biru

jenuh aku google psl bunga ni...kalo korang gi umah aku senang jer nak cari..cari la umah yg merimbun pokok bunga telang ni kat pagar nya...ahahaha

ini lah pokok bunga telang yer kwn2...tp bkan yg aku snap dr yg aku tanam dpn umah tu...



Sejenis tumbuhan memanjat. Bunganya berwarna ungu kebiruan berbentuk seperti rama-rama dan sentiasa berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk kacang pea bersaiz kecil. Sesuai ditanam pada para/pagola atau pasu gantung.

Pokoknya senang di cam, berdaun hijau tirus dan bunganya berwarna biru, bentuknya iras bunga seri pagi. Fungsinya sebagai pewarna semulajadi menyebabkan ianya digunakan di serata tempat. Di Kelantan ia lebih senang dipanggil bunga nasi kerabu. kalau di Filipina pula dipanggil Balog-balog ataupun Kokokating manakala di Indonesia pula ia dikenali sebagai Bunga Biru atau Kembang Telang. Pokoknya juga boleh di dapati di Thailand, Vietnam, Laos dan sebagainya. Walau apa pun namanya, secara saintifik ia adalah dikenali dengan Butterfly Pea atau pun sebagai Clitoria Flower.

*Clitoria Flower?? patut la ada website yg aku baca td ada setgh daerah di Indonesia panggil bunga ni Bunga Kelentit. ish!! sungguh tidak senonoh...huhuhu

Kegunaan

1~Bunganya sebagai pewarna nasi kerabu dan kueh terutama kueh nyonya Tai Tai (kat sini ada tulis cara2 nak buat kuih tu...nmpk mcm sdap mcm bleh dicuba SUATU HARI NANTI...hahaha) )yang popular di kalangan masyarakat Cina.

Dalam menjadikan nasi kerabu ni biru ada 2 cara iaitu pertama cara paling senang masukkan bunga telang ni bersama2 beras ketika memasak. Satu cara lagi ialah dengan merebus bunga telang ini untuk mendapatkan airnya yang akan menjadi biru. Airnya (dah sejuk bukan masa panas) kemudian digunakan untuk memasak nasi. Cara kedua ni lebih baik sebab warna nasi akan sekata biru. Ada juga orang yang merendam bunga ini atau meramasnya untuk mendapat ekstrak warnanya bagi memasak nasi kerabu.

2~Melebatkan, menghitamkan dan mengilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala

**Dapat mengurangkan sakit kepala.
Caranya:
Daun dan bunganya dimasukkan ke dalam kain bentukkan seperti bantal dan dibawa tidur oleh pesakit.

**Mengubati penyakit ulser mulut dan merawat insomnia.
Caranya:
Bunganya direndam dalam air panas dan diminum seperti teh.

info dari sini pula...
Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain dain dari itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut.Ia juga dapat merawat insomnia.









Jumaat, 20 Ogos 2010

spoiled mood ku di pagi jumaat yg berkat...

"heyy pedulik la perot aku kecik ke kecut ke apa masalah ko? aku mengandung kan anak ko ker??"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

haaar tu laa tagline aku tepek kat skype & FB pagi2 nii...kesabaran aku dah x tercapai akal mu dah...
pagi2 jmaat pkul 8.15am td aku disapa oleh seorg makcik sebegitu rupa...mana aku x sentap!
dah la dia kata perot aku kecik! ada plak perkataan KECUT tu! geram gerammm...
giler down la mood aku terus!
dah la dia kata perot aku kecik la! kecut la! x nmpk lgsung mcm org peknen la! kesian tgk aku peknen kurus la! nmpk makin cengkung la! muka x berseri la!

cuba la pagi2 jmaat ni bertanya khabar yg sedap2 sket di dgr dek telinga...
tanye la sehat ke? alahan dah ok ke? bg tips2 snang brsalin ke...

heyyy susah payah aku gain weight drpd sblom peknen 44kg, 2 mggu lpas check up dah jd 50kg...
ni ada bape bulan lg tah bape la naik...bulan pose ni x naik byk kot...tgk betapa gigih nye aku terus kan berpuasa time2 x larat ni...ikutkan ati nak jer aku suka suki mkn...

ko nak aku naik bape kilo? 10kg? 15kg? 20kg?
pastu jd gemok mcm ko? pastu terhegeh2 nak diet itu ini?

aaarrghhh GERAMMM siot...

Selasa, 17 Ogos 2010

M.A.S.A.K

aku suka berjalan masuk blog masak2 org lain..
aku suka baca org cite perihal masak2 diorg..
aku suka tgk gmbr masakan org dlm blog..

aku suka tgk rancangan tv psl masak2..
aku suka belek camne diorg decorate masak2 diorg..
aku suka salin resepi apa yg diorg tgh masak..

aku suka bli majalah masak2..
aku suka tgk gmbr2 dlm majalah masak2 tu..
aku suka berangan nnti aku nak masak sumer2 tu..

Rabu, 11 Ogos 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

arini ari pertama kita berpuasa...tahun kedua ku brgelar isteri brpuasa, brsahur & brbuka dgn cik abg...

taun ni agak special sket, arini ku brpuasa dgn mmbawa si comel yg sudah 26weeks 5days di dlm rahim ku...

agak kuat juga dugaan pd hari ini...sahur ku bangun juga, berbekalkan segelas susu kotak HL, 2keping roti bakar, 2biji kurma & 4biji spirulina ...tapiii pagi kul 9lbey perot ku dah serupa ada konsert dlm nii...lapar x hengatttt punyer laaa...si comel dlm ni jgak x kurang ligatnyerr...lapar brgkali anak ku ini...huhuhu...ciaannn diaa...igt pesan ayah dlm keta pagi td, pose lah sama2 dgn mama yerr...tolong mama sama2 abiskan pose arini...huhuhu

alhamdulillahirabbil alamin...sejurus jam 7.23mlm kami bertiga slamat brbuka pose utk hari iniii....terima kasih sayang sbb sama2 mama pose yerr...esok kita cuba pose lg tauuu =)

Selasa, 10 Ogos 2010

bila sakit gusi...

aduhaii aduhaii...bila sakit gusi dtg menyerang...nak buat sumer benda rasa xde mood...mkn x nak, jln2 window shopping x nak, suruh shopping pon x nak, baring2 pon serba x kena, buat keje bleh ilang idea...

ni lah gara2 pagi td gatai minum arabica coffee bekpes mcD...huhuhu...skrg mendpt la yerr...nak merungut pon tanggung la sndiri...

Khamis, 5 Ogos 2010

scan 3D @ hspital brsalin dr.sukhilmi

akhirnyaaaaaaa...setelah sekian lama memendam rasa dan prasaan...hahaha...lpas abis check up kat klinik kesihatan srmban, x smpat2 blom mkn tghari...zassss terus ke senawang mghala ke sinun semata2 nak buat scan 3D...hahaha

mmg recommended laa sesapa yg peknen tu buat scan 3D sekurang2 nya skali sblom brsalin...buat laa time dia dah 22w-30w...kalo lbey dr tu takut2 baby dah pnuh dlm rahim nnti x nmpk plak / x jelas pemandangan di dlm itu...hohoho...kecuali u all ada duit lbey pi buat scan 3D tiap2 bln...wakakaka

teruja kami berdua nak tgk imej 3D baby kami masa tuu...dlm ketepatan imej sebegitu dpt laa sudah kami tgk muka dia, mulut dia, idung dia, tinge dia, jari jemari kaki tgn dia....hahahah...sumer nyer masih comel2 lg...almaklum org nya baru nak 26w kannn...lelemak pon blom terkumpul dah terbentuk sepenuhnya...

tp x pe laa demi mengubat kerinduan ayah & mama mu ini, apa yg dilihat cukup memuaskan hati...hohoho


Selasa, 27 Julai 2010

kini genap sudah 24 minggu (6 bulan)

selera mkn sudah ok2 jerr...bekpes kalo kat opis ni harus aku rembat 2keping roti canai...perkara yg x pnah aku buat sblom2 ni...huhuhu...kalo bli nasi lemak plak ada mcm lauk2 aku letak dlm pinggan tuu, dgn roti mata nyer rendang daging nyer sardin nyer...pastu tapau plak lg 2,3ketol kuih...hahaha

tu kalo pagi2 laa selera aku mncanak2...

tapi selera mkn aku agak merudum kalo tghari, mmg penin la nak cari mkn apa yg sdap di tekak ni...sume lauk pauk kat kafe ting.3 ni dah bosan dilihat...pastu ptg pon sama smpai jer umah aku dah buntu nak mkn mlm apa...huhuhu

perot ku sudah semakin ketara membulat, walopun x kurang jgak mulut2 lalat di sekitar ku mengatakan 'eehh kecik perot yerr x nmpk pon mcm dah 6bln??' aaargghh persetan kan itu sumer...aku yg bwk perot ni aku tau la mcm mana...huhuhu

so, baju kurung sbnrnye bleh pakai lg tp kain nya hazab laa menyempit kat perot & pinggang nii...itu petanda sudah kna pakai skirt & maternity blouse...

Selasa, 13 Julai 2010

scan 2D @ klinik reddy

mengambil kesempatan menemankan si pzah ke sana, pastu keje pon kurang bz, aku mintak kebenaran bos nak gi klinik kejap tghari tuu...scan kat situ ada 2D jer, aku saje la nak scan sbb 2,3hari sblom tu aku asik rasa senak blah kanan jer...rasa heran jgak apa baby buat kat situ, normal kah?

scan punyer scan dan doc nasihat sket2...rupa2nyer baby time tu suka himpit main blah kanan...fiuhh lega sket rasa atii...means xde apa la yg perlu dirisaukan...=)

doc tunjuk mana kepala, mana perot, mana kaki tgn....bla bla bla...haarr doc nak cari tutt dia plak...mula2 usha montot dia, ehh2 doc detect mcm gugurl pastu doc jmpa sesuatu mcm boboy punyer...adehhh baby ni main2 plak...kan mama dah kompiussss...huhuhu