Rabu, 11 November 2009

Amalan yg membawa kesihatan & kecergasan

jom kita cuba! x dpt buat semua, kita mulakan la satu per satu...btol x? =)

 1. Amalkan memakan pucuk inai,pegaga, sebagai ulam. Pucuk inai dipercayai boleh mengelakkan wajah pucat. Selain dari itu amalkan juga memakan ulam-ulaman seperti pucuk gajus dan daun selom.

2. Banyakkan memakan ikan untuk mendapatkan kulit dan rambut yang cantik. Kurangkan memakan ayam dan daging.

3. Elakkan terlalu asyik memakan burger, keju, telor, stik, ayam panggang, makanan berkanji dan makanan segera.

4. Amalkan tabiat memasak di rumah kerana lebih terjamin kebersihannya.

5. Kurangkan memakan nasi berminyak, seperti nasi minyak, nasi beriani, nasi lemak, nasi ayam dan nasi berlemak yang lain. Selain dari itu jangan kerap memakan nasi sejuk atau kerap memakan nasi goreng kerana akan menyimpan angin dalam badan.

6. Kurangkan memakan makanan yang pedas-pedas. Makanan pedas tidak elok untuk kulit kerana dipercayai boleh menyebabkan kulit kekeringan dan kusam ,tidak berseri.

7. Elakkan terlalu kerap meminum ais kerana ia boleh menyebabkan perut buncit dan mengembangkan urat.

8. Amalkan meminum air suam sebelum tidur dengan diiringi selawat 3 kali. Begitu juga selepas bangun tidur minum secawan air masak diiringi selawat 3 kali.

9. Amalkan meminum segelas air dicampur sesudu besar madu lebah selepas pukul 10 pagi.

10. Amalkan meminum segelas air kosong selepas meminum teh, kopi atau minuman lain.

4 ulasan:

  1. hrmmmmm....byk btul amalan ni..ssh tul nak ikut ni..kat uma da ayam..telur..ikan..2 je yg besa msk dlm list tiap kali bli brg dpur....sa x mnm ais tp peroot bncit jg ni cah..hohohoho

    BalasPadam
  2. haar cite psl ais/air sejuk ni kan pet...aku igt nak buat 1 entry baru psl ni laa...tungguuuu...hehehe

    BalasPadam