ni aku jmpa masa surf internet td...meh aku share ngn korang ehh...
Asparagus
Asparagus ni kat kampung tak pernah jumpa walaubagaimana pun ia amat berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Bunga kubis
Sayuran nampak berkhasiat tapi realitinya ia sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. biasa saya ambil untuk mengekalkan penglihatan saya, ianya elok untuk menjaga mata.
Timun
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Ia juga elok untuk melambatkan kesan penuaan dan kesan lebam pada bawah mata.
Terung
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. jadi sediakan hidangan terung bersama daging.
Bawang putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.” (Mulut berbau)
Halia
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil ( Halia )”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Kekacang
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Bayam
Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.
Seleri
Seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dgn zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dlm perubatan secara traditional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.
Jambu Batu
Kulit buah dan isi yg keras paling banyak mengandungi vitamin C yg penting utk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dgn sempurna. Manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yg dapat membantu mengurangkan kolestrol dlm darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.
Buah Delima
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yg menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya di minum utk rawatan demam panas, batuk, ulser dlm mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dlm kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yg mempunyai kesan antiseptik.
Betik
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
Durian Belanda
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting utk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yg sihat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yg putus haid bg menghalang osteoporosis.
Kubis
Dipercayai kubis mengandungi agen antikanser lebih berbanding dgn sayur2an lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain drp mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.
balgham 2 pa cah?
BalasPadambalgham ni dr bahasa arab...
BalasPadamutk lebey info, nnti aku google, pastu akan ku jd kan tajuk entry seterus nyer k...=)