aku pon x prasaan dlm entry aku sblom ni ada istilah balgham...bila pet tanye baru aku terpikir nak tau gak apakah itu...okeh pet, ni hasil pencarian aku kat google td...harap ko puas hati...=)
Balgham ni sbnrnyer dr perkataan Bahasa Arab...
*************************************
Buang balgham. Petua ni diperolehi daripada ustaz aku di sekolah dulu. Balgham ni sejenis mukus/bendalir yang terdapat di saluran antara hidung dan mulut nih. Sori la. Aku tak pernah belajar bio jadi aku tak tau la apakah nama saluran tersebut. Jadi aku menulis berdasarkan ape yang aku alami je. Balgham ni anda boleh rasa kedatangannya selepas bangun tidur. Rasa macam ada bendalir tersekat2 kat hidung kan. Ha... Tu la balgham. Ia boleh menyebabkan bau mulut tau. Cara2 nak buang balgham ni senang je, tapi seksa sikit la kalau salah buat. Huhu... Caranya adalah dengan memasukkan air ke dalam hidung. Sikit je. Jangan la secawan. Secukup rasa je la. Cukup untuk membuat air itu mengalir di dalam saluran tadi. Ok. Ni petua aku. Anda basahkan tapak tangan sikit. Pastikan ada sedikit air yang tinggal. Sedut air itu menggunakan sebelah hidung dengan hidung yang sebelah lagi ditutup lubangnya. Lepas tu dongakkan kepala. Biarkan air tu mengalir di saluran tersebut hingga ke mulut. Masa ni kita akan dapat rasa balgham tu akan ditolak oleh air tersebut ke mulut. Pastu, tunduk dan keluarkan la air dan balgham tu macam keluarkan kahak. Buatlah macam tu juga untuk hidung yang sebelah lagi. Tapi, balgham ni tak keluar semua terus kalau dengan sekali buang. Jangan risau. Tak perlu masukkan air ke dalam hidung lagi. Anda cuma perlu menghembus keluar balgham tu dari hidung atau batuk sedikit untuk keluarkan dari mulut. Memang agak bising juge la situasi di dalam bilik air nanti. Huhu...
Kebaikkan membuang balgham ni selain dari elakkan bau mulut, ia juga elok untuk mengelakkan mengantuk, mengelakkan resdung, menguatkan ingatan dan mencerdaskan minda. Itu je yang aku tau. Mungkin ada lagi. Sesiapa nak berkongsi info, dipersilakan. Terima kasih.
--> ni aku copy paste dr blogger somebody
***************************************
Tabib-tabib Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran.
--> ni aku copy paste kat website mana tah aku x save website address tu
****************************************
12. Memakan sesuatu yang menambahi balgham ( lendir, kahak, risa, gelema, dan entah apa2 istilah lagi ) Antara penyebab banyak balgham ialah banyak minum terutamanya minum air batu. Banyak minum adalah penyebab banyak balgham. Untuk mengurangkan balgham ialah dengan memakan roti kering. Bersugi (berus gigi) juga mengurangkan balgham. Termasuk perkara yang menambahkan balgham ialah meminum air sejuk/air batu. Dan yang mengurangkan balgham ialah meminum air panas.
--> ni pun aku copy paste jer
makaseh atas info....hehehe
BalasPadamSaya baca kat kaifiat Haikal Kismis dia tulis "4. Mengurangkan balgham". So, memang kismis memang boleh membantu ke?
BalasPadam